SOALAN LAZIM (FAQ)

Mengenai Servis Terapi Kelakian @ Urutan Batin Lelaki Di PicitPacak.com

Pakar Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Berikut adalah  beberapa soalan lazim yang berkaitan Terapi Kelakian di PicitPacak.com. Jika anda tidak mendapat jawapan daripada soalan di bawah atau mempunyai soalan lain.   Sila hubungi Thabib dengan KLIK di sin“WHATSAPP THABIB”.  Thabib PicitPacak.com akan menjawab soalan masalah kesihatan anda yang berkaitan servis terapi kelakian disediakan. Sekiranya lambat dijawab whatsappnya, ketika itu thabib sedang menjalankan Terapi Kelakian (urutan batin lelaki) kepada pelanggan.

1. Saya malu mahu terapi kelakian, pasal biasa urut batin lelaki semua pegang alat sulit ?

Anda jangan risau dan malu. di picitpacak.com, terapi kelakian atau urut batin lelaki yang dilakukan oleh thabib tanpa sentuh langsung “alat sulit” anda. teknik terapi picit pacak “baru picit, dah terpacak!” oleh thobib cuma picit pada titik-titik saraf tertentu berkaitan dengan kelakian pada tubuh badan anda bagi meransang semula pengaliran air, darah, oksigen, nutrisi dan limpatik dalam tubuh yang tersumbat lancar mengalir semula supaya “alat sulit” anda powwer secara semulajadi tanpa perlu mengambil ubat-ubatan kimia.

2. Betul ke Terapi Kelakian (Urut batin) di PicitPacak.com, TAK SENTUH & PEGANG langsung “Alat Sulit” ?

Betul tuan. Mudah sahaja untuk anda faham. Kita ambil contoh sistem bekalan air di rumah anda. Biasa kepala paip air (sinki dapur) tidak keluar air, ada dua sebab iaitu pertama kepala paip rosak atau kedua paip saluran upvc air dari tangki tersumbat disebabkan klorin. Jika masalah pertama, kepala paip rosak mudah sahaja tukar sahaja kepala paip baru selesai masalah. Jika masalah kedua paip upvc saluran tersumbat. Jika kita godek-godek dan ketuk-ketuk 100 kali pun dibahagian kepala paip ia tidak akan menyesaikan masalah air tersumbat atau tidak keluar. Tukar kepala paip baru pun tidak akan selesai masalah ini. Jadi kita ketuk dan picit-picit pada saluran paip tadi supaya klorin yang tersumbat dipecahkan menjadikan air lancar megalir semula. Inilah dilakukan dalam proses terapi kelakian oleh Thabib tanpa perlu sentuh “Alat Sulit”  Anda. 

3. Saya masih bujang boleh buat Terapi Kelakian (Urutan Batin Lelaki)?

Bagi anda yang bujang, TIADA masalah kelakian (lemah tenaga batin) dan alat sulit berfungsi dengan baik tidak perlu membuat rawatan atau terapi kelakian. Kecuali kes tidak berfungsi, zakar pagi dah tak bangun.  Alat sulit asyik tidur aje atau mati pucuk boleh ambil Pakej Pacak Panglima. Bagi anda yang mahu bernikah dalam masa 2-3 bulan boleh ambil Terapi Kelakian Pakej Pacak Pengantin.

4. Saya sudah berkahwin, boleh ambil Pakej Terapi Kelakian : Pacak Pengantin ?

Tidak boleh. Pakej terapi kelakian Pacak Pengantin khas untuk lelaki atau duda yang mahu  kahwin dalam tempoh 2-3 bulan dari tarikh nikah.  Anda yang sudah berkahwin hanya boleh ambil Pakej Pacak Perkasa atau Pacak Panglima.

5. Saya ada masalah mati pucuk dan tak berfungsi langsung? Pakej mana saya harus ambil ?

Anda yang ada masalah ini bukan disebabkan sakit 3 serangkai atau di sihir boleh ambil Pakej Pacak Panglima untuk minima 6 sesi terapi kelakian berturut-turut atau selang sehari  berdasarkan pengalaman Thabib merawat orang bujang dan yang dah berkahwin. Lama sesi ini bergantung lama mana masalah mati pucuk yang telah anda alami. Ia juga termasuk sesi kaunseling bagi memberikan kenyakinan semula kepada anda untuk beraksi semula bersama isteri tercinta.

6. Saya ada masalah penyakit kencing manis, darah tinggi atau kolestrol tinggi ? Pakej terapi kelakian mana yang sesuai?

Anda yang ada salah satu penyakit kencing manis, darah tinggi atau kolestrol tinggi boleh ambil Pakej Pacak Panglima dengan syarat Alat Sulit masih naik dan berfungsi tetapi lemah sahaja.  Bagi anda yang ada masalah penyakit 3 serangkai yang terlalu lama   sehingga alat sulit tidak naik langsung (mati pucuk) terutama sakit kencing manis. Pakej Terapi Pacak Panglima TIDAK SESUAI bagi anda yang tidak boleh ubah cara pemakanan dan gaya hidup serta malas bersenam kelakian.

7. Berapa lama saya boleh nampak kesannya selepas di Terapi Kelakian @ Urutan Batin Lelaki ?

Selepas 2-3 sesi sudah boleh nampak perbezaannya prestasi kelakian anda. Ia  bergantung kepada kondusi tubuh badan masing-masing ada yang nampak kesannya cepat atau selepas 7 hari. Kesannya boleh dilihat dalam masa 3 hari ke 7 hari daripada sesi pertama terapi kelakian. Anda boleh lihat testimoni dengan klik di sini : Testimoni Kelakian

8. Bila masa yang sesuai untuk buat dan booking sesi terapi kelakian @ urut batin lelaki ?

Masa yang sesuai untuk bagi anda yang sudah berumah tangga atau berkahwin semasa isteri anda tengah period (cuti). Sebaiknya, semasa terapi dari hari pertama anda kena pantang dan berpuasa 7 hari daripada bersama atau berjimak dengan isteri anda. Bakal pengantin baru boleh buat terapi kelakian dalam masa 2-3 bulan daripada tarikh bernikah atau kenduri kahwin.

9. Ada tak senaman khas, pemakanan khas harus dibuat dan diamalkan selepas sesi terapi kelakian ?

Terapi kelakian di PicitPacak.com dengan Thabib memerlukan kerja sama daripada anda untuk berubah dari segi pemakanan dan gaya hidup. Selepas terapi kelakian anda kena lakukan senaman “PicitPacak “ dan pemakanan kelakian mengikut saranan yang Thabib berikan. Senaman PicitPacak dan pemakanan kelakian ini harus anda amalkan sentiasa dan dibuat dengan yakin.

10. Suami saya bermasalah kelakian, tetapi dia malu untuk membuat rawatan terapi kelakian. Bolehkah saya bookingkan untuk suami saya ?

Boleh puan. Tetapi puan harus berbincang dengan suami terlebih dahulu dan suami puan setuju untuk membuat rawatan terapi kelakian @ urutan batin lelaki. Puan lebih mengetahui prestasi suami puan. Terapi ini harus dibuat dengan rela hati dan bersungguh-sungguh ingin merawat masalah kelakiannya.

11. Bolehkah saya buat terapi ini bukan untuk isteri saya atau saya belum kahwin untuk suka-suka bersama kekasih ?

Maaf terapi kelakian dengan Thabib Azly bukan untuk orang macam anda. Terapi ini khas untuk para suami bersama dengan isteri yang sah sahaja. Dalam proses terapi anda perlu jujur untuk mendapatkan kesan yang positif.  

12. Selepas membuat sesi Terapi Kelakian di PicitPacak.com, perlukah saya datang servis semula ?

Bagi mengekalkan prestasi kelakian anda sentiasa POWWER dan GAGAH PERKASA, tuan masih perlu buat servis kelakian satu sesi sahaja setiap 2/3 bulan. Macam kereta yang anda pakai sentiasa, perlu diservis dalam tempoh 2/3 bulan sekali supaya prestasinya tip top. Sama juga dengan prestasi kelakian anda, perlu diservis.

13. PicitPacak.com beroperasi di rumah atau kedai ?

Thabib Picit Pacak menjalankan rawatan terapi kelakian di rumah teres setingkat khas yang dijadikan Pusat Terapi Kelakian Picit Pacak yang dilengkapi dengan bilik terapi lelaki, ruang menunggu lelaki, bilik solat, pantri, tandas, pejabat serta parking kereta pelanggan 4 buah dalam satu masa.

Pusat Terapi Kelakian PicitPacak.com (Rumah Teres Khusus untuk pusat rawatan ) 

Pusat Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Ruang Menunggu Pelanggan Urutan Batin Lelaki di Pusat Terapi Kelakian PicitPacak.com

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Ruang Menunggu & Pendaftaran pelangan  di Pusat Terapi Picitpacak.com

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Ruang Kaunseling pelanggan Terapi Kelakian 

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Bilik Terapi Kelakian & Urutan Batin Lelaki

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Bilik Solat Untuk Pelanggan Terapi Kelakian

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

14. Di mana lokasi pusat terapi PicitPacak.com? Jauh tak ?

Lokasi pusat Terapi Kelakian Picit Pacak terletak di Bandar Sungai Buaya, Rawang Selangor. Jaraknya 1km sahaja daripada Exit Tol Plus 117 Sg Buaya selepas R&R Rawang arah utara. Jika anda dari Tol Jalan Duta 20 minit sahaja. Shah Alam dalam 40 minit. Keramat (KL) dalam masa 40 minit boleh sampai ke pusat terapi kami memalui lebuhraya DUKE dan Plus. Lokasi map dan alamat penuh akan diberikan kepada anda selepas membuat temujanji urut. Anda boleh KLIK disini : “LOKASI MAP PICITPACAK

Lokasi Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Lokasi Pusat Terapi Kelakian terletak di Bandar Sungai Buaya,  Rawang, Selangor.

15. Waktu operasi terapi di PicitPacak.com? Adakah saya perlu buat temujanji Terapi Kelakian terlebih dahulu?

Pusat Terapi Kelakian Picit Pacak dibuka setiap hari 9am – 5pm. Rehat pada 1pm-2pm setiap hari (kecuali Jumaat Tutup : Cuti ). Anda mesti membuat temujanji terapi kelakian @ urutan batin lelaki dahulu kerana rawatan terapi kelakian berdasarkan booking dan temujanji sahaja.

16. Siapa yang akan Terapi Kelakian anda di PicitPacak.com?

Di PicitPacak.com anda akan diterapi oleh  Thabib Azly yang berpengalaman 7 tahun dalam urutan batin lelaki untuk membantu para semua dan pengantin baru. Tiada servis urutan batin lelaki oleh wanita dan HARAM dalam Islam membuatnya.

Urut Batin Lelaki Di Rawang ?

Poster Thabib Azly , juruterapi kelakian di PicitPacak.com

17. PicitPacak.com ada buat servis terapi kelakian (urut batin) datang ke rumah @ Hotel ?

Thabib PicitPacak.com TIDAK menyediakan servis terapi kelakian datang ke rumah atau mobile ke hotel.

18. Kalau saya tak Booking atau tak buat temujanji terapai kelakian di PicitPacak.com, boleh datang terus ?

Anda MESTI buat BOOKING dan TEMUJANJI TERAPI KELAKIAN dahulu sebelum mendapatkan rawatan Terapi Kelakian  @ urutan batin lelaki. Tempah sehari sebelum terapi kelakian. Tujuan utama booking bagi mengelakkan anda menunggu lama. Thobib juga tidak suka pelanggan menunggu lama dan membuang masa anda. Keutamaan terapi kelakian diberikan kepada anda yang telah membuat booking dan temujanji pada masa dan hari tersebut. Pastikan anda yang telah booking datang awal 10 minit supaya tidak menggangu masa pelanggan selepas anda.

19. Apakah persediaan yang saya perlu buat sebelum datang Terapi Kelakian di PicitPacak.com ?

Anda harus cukup rehat, tidur dan bersedia untuk di urut batin atau terapi kelakian. Pastikan makan makanan berat 2 jam sebelum berterapi. Anda digalakkan untuk bawa kain pelikat sendiri untuk keselesaan. Thobib ada sediakan kain bagi yang tiada atau terlupa bawa.

20. Bagaimana jika saya terlewat datang sesi terapi kelakian ?

Anda dinasihatkan datang awal 10 minit sebelum waktu terapi kelakian. Jika anda terlewat, thobib akan teruskan sesi Terapi Kelakian dan berhenti pada waktu anda buat temujanji. Ia bagi mengelakkan jadual temujanji pelanggan seterusnya terganggu.

21. Saya ada sakit lain (seperti sakit belakang) selain masalah lemah tenaga batin, bolehkah diurut dan terapi semua sekali di PicitPacak.com ?

Thobib  PicitPacak.com akan fokus terapi kelakian mengikut pada Pakej Pacak yang anda telah booking. Masa terapi yang ditetapkan khusus untuk terapi kelakian sahaja.

22. Jika saya sudah booking dan buat temujanji. Tapi TIDAK DAPAT HADIR macam mana?

Semua pembatalan temujanji terapi kelakian harus dimaklumkan kepada thobib seawal mungkin (12 jam sebelum sesi terapi kelakian anda) melalui call atau whatsapp sekiranya berlaku perkara kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Jika anda pilih pakej terapi booking dengan deposit RM50. Wang booking tidak dikembalikan sekiranya tidak hadir sesi terapi.

23. Bolehkah saya membuat bayaran terapi kelakian secara Online ?

Semua bayaran tunai sahaja (RM sahaja) perlu dijelaskan pada setiap sesi terapi kelakian selepas tamat. Kecuali bayaran booking dengan deposit. 

24. Bolehkah saya buat satu sesi terapi kelakian selang seminggu sebab sibuk kerja ?

Maaf tidak boleh. Anda kena buat 2 sesi atau 3 sesi ikut pakej dipilih samada datang selang sehari atau berturut-turut. Supaya proses rawatan urutan batin lelaki mendapat kesan maksimum.

25. Saya orang bukan Islam, boleh ke datang terapi kelakian @ urutan batin lelaki bersama Thobib PicitPacak.com ?

Boleh, sesiapa sahaja boleh datang buat terapi kelakian dengan syarat buat temujanji dahulu. Pelanggan Thobib Picit Pacak terdiri daripada perbagai bangsa iaitu Melayu, India, Cina, Pakistan, Bangla, Indonesia dan paling jauh Arab Saudi.

Semoga semua soalan dan jawapan di atas membantu anda semua.

Jika anda mempunyai solan lain daripada di atas berkaitan servis Terapi kelakian (urutan batin lelaki) di PicitPacak.com. Sila hubungi Thabib dengan  KLIK di sini “Whatsapp Thabib” sekarang.

Scroll to Top
error: Content is protected !!